UNIT PEPERIKSAAN

 

1.            Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada hari konvo, bilakah pelajar dapat mengambil transkrip dan diploma pelajar?

Ambil di unit peperiksaan selepas berakhirnya majlis konvokesyen.

 

2.            Bila pelajar boleh mengambil transkrip dan dimana?

Bagi pelajar yang hadir, transkrip boleh diambil bersama dengan diploma dalam 1 sampul selepas tamat majlis konvokesyen masing-masing.

 

Bagi pelajar tidak hadir, semua dokumen ini berada di unit peperiksaan.

 

3.           Sekiranya pelajar tidak hadir konvo, adakah pelajar boleh meminta bantuan rakan untuk mengambil diploma pada hari konvokesyen tersebut iaitu semasa rakan yang hadir mengambil diploma beliau?

Diploma adalah dokumen penting. Tidak digalakkan rakan untuk ambil sebagai ganti diri sendiri. Digalakkan ambil sendiri. Namun ianya terletak pada budi bicara pegawai peperiksaan.

 

4.           Sekiranya saya tidak hadir majlis konvokesyen tapi saya buat bayaran.

               Unit peperiksaan akan poskan Diploma dengan POS LAJU dalam masa 2 Minggu selepas tamat majlis konvokesyen.

 

5.            Saya tidak maklum untuk hadir majlis Konvokesyen dan tidak membuat apa-apa bayaran. Apa yang berlaku pada Diploma dan transkrip saya?

Unit peperiksaan akan menyimpan dokumen graduan sehingga graduan mengambil dokumen berkenaan dengan bayaran RM50 menggunakan Wang Pos.

 

6.            Saya memerlukan transkrip dalam Bahasa Inggeris? Apa yang patut saya buat?

                Semua transkrip adalah dalam Bahasa Inggeris.

 

7.            Saya memerlukan Diploma dalam Bahasa Inggeris. Apa yang patut saya lakukan?

Semua diploma akan diberi dalam 2 bentuk Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, para graduan akan mendapat 2 Diploma dalam 2 bahasa.

 

8.             Saya telah hilang transkrip dan Diploma saya.Apa yang perlu saya lakukan?

Transkrip yang hilang boleh digantikan dengan membuat bayaran RM10.

Diploma yang hilang boleh digantikan dengan bayaran RM50 bagi setiap Bahasa Diploma berkenaan. Namun Diploma yang diganti adalah tidak sama dengan diterima semasa majlis konvokesyen. Diploma yang diterima mempunyai perkataan 'GANTIAN'@ 'REPLACEMENT' Diploma yang diterima semasa majlis Konvokesyen @ diterima buat pertama adalah yang 'ASAL'

 

9.           Saya sudah lama graduat dari PSP tapi tiada transkrip. Apa yang perlu saya lakukan?

a. Buat surat rasmi

b. Bayaran RM10 dengan Wang Pos.

c. Sertakan Sampul bersaiz A4 untuk unit peperiksaan pos. Jika datang sendiri, tidak perlu sampul.

d. Tempoh maksima transkrip siap adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

YURAN KONVOKESYEN

 

1.             Saya telah membayar yuran konvokesyen, daftar alumni dan tempahan cenderahati melalui MESIN ATM/ MESIN DEPOSIT , tapi tiada no. resit/no. rujukan. Jadi nombor apakah yang patut saya                 masukkan dalam ruangan no. resit/no.rujukan bank  dalam bahagian  DAFTAR KONVO?

                Anda boleh masukkan TARIKH ANDA BANK IN yuran konvo tersebut, begitu juga bagi ruangan untuk bayaran alumni dan tempahan cenderahati dalam format berikut: contoh tarikh yang perlu                dimasukkan : 10/08/2019.

 

2.             Semasa saya bank in duit melalui kaunter bank menggunakan SLIP BANK, slip tersebut tidak mempunyai no resit, nombor apakah yang patut saya masukkan dalam ruangan no. resit/no. rujukan                 dalam bahagian DAFTAR KONVO?

                Anda juga perlu masukkan TARIKH ANDA BANK IN yuran konvo tersebut, begitu juga bagi ruangan untuk bayaran alumni dan tempahan cenderahati dalam format berikut:contoh tarikh yang perlu                  dimasukkan : 10/08/2019.

 

SEMASA RAPTAI KONVOKESYEN

 

                 Apa yang perlu saya bawa semasa saya hadir sesi raptai konvokesyen?

                 Sila baca dengan teliti maklumat dalam menu SENARAI SEMAK GRADUAN .

 

GRADUAN

SLIP BANK

KEPERLUAN

HADIR

  1. SLIP/ RESIT ASAL BAYARAN YURAN KONVOKESYEN ( RM200)

BAWA SEMASA HADIR RAPTAI

  1. SLIP/ RESIT ASAL BAYARAN AHLI ALUMNI ( RM 50)
  1. BORANG COP PENGESAHAN
 

 

TIDAK HADIR

  1. SLIP/ RESIT ASAL BAYARAN YURAN KONVOKESYEN ( RM50)

HANTAR SECARA POS KE POLITEKNIK SEBERANG PERAI

  1. SLIP/ RESIT ASAL BAYARAN AHLI ALUMNI ( RM 50)

 

BORANG COP PENGESAHAN

 

  1.                 Borang ini digunakan untuk memastikan anda membuat pendaftaran di kaunter jubah, alumni dan pengesanan graduan. Semasa mendaftar, anda boleh memilih mana-mana kaunter yang kosong                     untuk mendaftar terlebih dahulu. Tidak semestinya mengikut urutan. Ini adalah untuk mengelakkan kaunter-kaunter tersebut sesak pada satu-satu masa.

  2.                 Pastikan anda mencetak BORANG COP PENGESAHAN dan bawa bersama semasa pendaftaran raptai konvokesyen.

  3.                 Anda perlu menunjukkan BORANG COP PENGESAHAN semasa berada di kaunter jubah, alumni dan kaunter mengambil DIPLOMA untuk mendapatkan cop pengesahan.

  4.                 Sekiranya anda gagal mendapatkan cop pengesahan dari mana-mana satu kaunter, DIPLOMA tidak akan diserahkan kepada anda.

  5.                 Pastikan borang pengesahan DISIMPAN sehingga anda menerima DIPLOMA dari kaunter persijilan.

                ( kaunter ini dibuka selepas selesai majlis konvokesyen)



 

Admin