Majlis Konvokesyen ke - 21

"Graduan Berinovasi Aspirasi Negara"

Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Semua Graduan Politeknik Seberang Perai,

Pihak Politeknik Seberang Perai dengan berbesar hati mengucapkan TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN YANG TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN PADA SESI DISEMBER 2020 DAN LAYAK MENERIMA DIPLOMA pada tahun ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen pada tahun ini akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2022.

Walau bagaimanapun, pendaftaran dan pengemaskinian maklumat graduan perlu dibuat melalui Laman Web Rasmi Konvokesyen PSP ini untuk tujuan mendapatkan maklumat bagi melancarkan proses Majlis Konvokesyen nanti.

GRADUAN DIKEHENDAKI MEMBACA DENGAN TELITI SEMUA MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN.

  • Pendaftaran graduan hendaklah dibuat bermula 30 APRIL 2022 sehingga SEBELUM atau pada 26 MEI 2022. Data sebelum atau selepas tarikh berkenaan akan dihapuskan.
  • Pendaftaran graduan dengan maklumat PALSU akan dibatalkan.
  • 3 orang sahaja DIBENARKAN masuk ke dalam Dewan Seri Mutiara semasa Majlis Konvokesyen berlangsung (Graduan, ibu bapa/ penjaga sahaja)
  • Sila baca dan fahami maklumat berkaitan Majlis Konvokesyen dengan lengkap pada menu Istiadat Konvokesyen ke-21 di atas. Disertakan juga maklumat tersebut melalui PDF file. Sila muat turun di sini.