FAQ
- Apakah yang perlu dilakukan oleh graduan yang akan hadir/ tidak akan hadir ke Majlis Konvokesyen PSP?
Graduan perlu menjelaskan bayaran konvokesyen mengikut perincian di bawah:
SESI | JUMLAH BAYARAN | KAEDAH BAYARAN | |
HADIR
| TIDAK HADIR | ||
SESI 2: 2022/2023
SESI 1: 2023/2024
| RM300
| RM240
| Bayar melalui Perbankan Internet/ Mesin ATM/ Mesin Cash Deposit (CDM) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama KOP POLI S. PERAI |
Graduan perlu mengesahkan kehadiran sama ada akan hadir/ tidak hadir dalam laman web rasmi Majlis Konvokesyen pada pautan Pendaftaran Konvokesyen
Sekiranya saya tidak dapat hadir pada Majlis Konvokesyen, bilakah saya dapat mengambil transkrip dan diploma?
Unit peperiksaan akan mengepos diploma dan transkrip selepas berakhirnya Majlis Konvokesyen.- Bila dan di mana saya boleh mengambil transkrip dan diploma?
Bagi graduan yang akan hadir, graduan akan mengambil diploma di jabatan masing-masing (mengikut jadual tempat pengambilan diploma dan sijil) sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir setelah graduan mengesahkan pemulangan jubah.
Tuntutan Diploma/Sijil selepas hari Konvokesyen boleh dibuat di Unit Peperiksaan Politeknik Seberang Perai.
Bagi graduan yang tidak hadir, semua dokumen ini berada di Unit Peperiksaan dan akan diposkan dengan perkhidmatan J&T Express dalam masa 2 minggu selepas tamat Majlis Konvokesyen.
- Saya tidak mendaftar sama ada akan hadir atau tidak hadir dalam Laman web Rasmi Konvokesyen dan tidak membuat sebarang bayaran. Apa yang berlaku pada diploma dan transkrip saya?
Unit peperiksaan akan menyimpan dokumen graduan sehingga graduan mengambil dokumen berkenaan dengan bayaran RM240 menggunakan Wang Pos.
- Bolehkah saya mendapatkan transkrip dalam Bahasa Inggeris?
Semua transkrip adalah dalam Bahasa Inggeris.
- Saya memerlukan Diploma dalam Bahasa Inggeris. Apa yang patut saya lakukan?
Semua diploma akan diberi dalam 2 bentuk Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, para graduan akan mendapat 2 Diploma dalam 2 bahasa.
- Saya telah kehilangan transkrip dan Diploma saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Transkrip yang hilang boleh digantikan dengan membuat bayaran RM10.
Diploma yang hilang boleh digantikan dengan bayaran RM50 bagi setiap Bahasa untuk Diploma berkenaan. Namun Diploma yang diganti adalah tidak sama dengan diterima semasa majlis konvokesyen. Diploma yang diterima mempunyai perkataan 'GANTIAN'/ 'REPLACEMENT'. Manakala Diploma yang diterima semasa majlis Konvokesyen atau diterima buat kali pertama adalah yang 'ASAL'
- Saya sudah lama graduat dari PSP tapi tiada transkrip. Apa yang perlu saya lakukan?
Buat surat rasmi
Bayaran RM10 dengan Wang Pos.
Sertakan Sampul bersaiz A4 untuk unit peperiksaan pos. Jika datang sendiri, tidak perlu sampul.
Tempoh maksima transkrip siap adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Saya mendapat HPNM 3.5 ke atas semasa semester akhir pengajian dan layak menerima pingat Anugerah Khas Ketua Jabatan (AKKJ) tetapi tidak hadir menghadiri majlis konovokesyen. Bagaimanakah saya boleh menuntut pingat AKKJ saya?
Pelajar boleh menuntut pingat tersebut di kaunter Unit Peperiksaan Politeknik Seberang Perai SAHAJA.