Majlis Konvokesyen Ke-24

GRADUAN TVET BERPRESTASI TINGGI ASPIRASI MASYARAKAT MADANI


Surat Jemputan


MyGraduan


Satu (1) aplikasi My Graduan akan digunakan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan majlis konvokesyen. Aplikasi ini akan digunakan semasa proses pengesanan graduan, peminjaman dan pemulangan jubah, paparan nama semasa majlis konvokesyen dan pengambilan sijil Diploma.

Langkah : 

i. Sila klik pautan url  http://ipelajar.psp.edu.my/myPSPKonvo/myGraduan/access

ii. Setiap graduan akan mempunyai barcode ID sendiri yang dipaparkan dalam url My Graduan.

iii. Sila muat turun (download) barcode ID dan Cetak untuk dibawa pada hari raptai dan majlis konvokesyen.

iii. Barcode ID akan di scan semasa proses pengesanan graduan, peminjaman dan pemulangan jubah, 

     dan pengambilan sijil Diploma.

 

Kemaskini Maklumat Graduan

  • Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di PSP. Bagi melancarkan proses konvokesyen anda, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah MENYEMAK DAN MENGESAHKAN maklumat peribadi anda.

  • Sebarang pertanyaan/permasalahan sila berhubung terus di talian: 

         Encik Noazri Bin Bakhari - 04-538 3322 samb 5118

Sidang Konvokesyen


 

SIDANG

TARIKH/MASA

JABATAN/PROGRAM

 

 

SIDANG 1

 

08 SEPTEMBER 2025
ISNIN
7.45 Pagi

 

 

GRADUAN SIDANG 1 (Penerima Anugerah)

- Rujuk senarai nama Graduan Sidang 1

 

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

-DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL)

 

 

 

 

SIDANG 2

 

 

09 SEPTEMBER 2025
SELASA
7.45 Pagi

 

 

 

 

JABATAN PERDAGANGAN 

-DIPLOMA AKAUNTANSI

-DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK & RANTAIAN BEKALAN

-DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM

-DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

 

 

 

 

 

SIDANG 3

 

 

10 SEPTEMBER 2025
RABU
7.45 Pagi

 

 

 

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

 

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL)

 

* Maklumat sidang bagi setiap graduan boleh dilihat setelah anda log masuk ke halaman Pendaftaran Konvokesyen

Aturcara


  1. Atur cara Hari Raptai Konvokesyen 

 

ATUR CARA HARI RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN KE – 24

 (SEMUA GRADUAN WAJIB HADIR)

TEMPAT : DATARAN PELAJAR PSP & DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

 

GRADUAN

TARIKH/MASA

PERKARA

SIDANG 1

SIDANG 2 SIDANG 3

 

07 September 2025 (AHAD)

8.00 Pagi

 

  1.  Pendaftaran dan perbarisan graduan di Dataran Pelajar PSP (Belakang DKU)

  2.  Pergerakan graduan masuk ke DSM (bermula dari Dataran Pelajar PSP)

    • Ucapan Aluan Pengarah PSP

    • Taklimat Atur Cara Majlis

    • Taklimat Protokol & Keselamatan

    • Taklimat Pemandu Lulusan

    • Taklimat Fotografi

    • Raptai Keseluruhan Majlis Konvokesyen

 

  1. Atur cara Hari Majlis Konvokesyen 

ATUR CARA MAJLIS KONVOKESYEN KE – 24

 

HARI PERTAMA: SIDANG 1 

TARIKH: 08 SEPTEMBER 2025 (ISNIN) 

TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

 

JABATAN

MASA

ATURCARA

TEMPAT

i) GRADUAN SIDANG 1 (Penerima Anugerah)
- Rujuk senarai nama di Lampiran A

 

ii) JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

-DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL)

7.45 Pagi

Para graduan berkumpul di Dataran Pelajar

 

DATARAN PELAJAR

(Belakang DKU)

 

 

8.00 Pagi

 

Ibu/ Bapa / Waris graduan bergerak masuk ke Dewan SeriMutiara 

DEWAN SERI MUTIARA

 

 

8.15 Pagi

 

Perarakan Masuk Graduan

 

8.45 Pagi

 

Ketibaan Tetamu Jemputan dan VVIP

 

 

9.00 Pagi

 

 

Ketibaan VVIP – Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK.

 

9.30 Pagi 

 

Perarakan masuk VVIP

 

9.40 Pagi

-

11.50 Pagi

 

Majlis Konvokesyen Berlangsung

 

12.00 Tengahari

 

Perarakan keluar VVIP

 

 

 

 

 

ATUR CARA MAJLIS KONVOKESYEN KE – 24

 

HARI KEDUA: SIDANG 2

TARIKH: 09 SEPTEMBER 2025 (SELASA) 

TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

 

JABATAN

MASA

ATURCARA

TEMPAT

 

i) JABATAN PERDAGANGAN 

-DIPLOMA AKAUNTANSI

-DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK & RANTAIAN BEKALAN

-DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM

-DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

 

7.45 Pagi

Para graduan berkumpul di Dataran Pelajar

 

DATARAN PELAJAR

(Belakang DKU)

 

 

8.00 Pagi

 

Ibu/ Bapa / Waris graduan bergerak masuk ke Dewan SeriMutiara 

DEWAN SERI MUTIARA

 

 

8.15 Pagi

 

Perarakan Masuk Graduan

 

8.45 Pagi

 

Ketibaan Tetamu Jemputan dan VVIP

 

 

9.00 Pagi

 

 

Ketibaan Dato' Sasedharan Vasudevan, 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Port Sdn. Bhd.

 

9.30 Pagi 

 

Perarakan masuk VVIP

 

9.40 Pagi

-

11.50 Pagi

 

Majlis Konvokesyen Berlangsung

 

12.00 Tengahari

 

Perarakan keluar VVIP

 

 

 

 

 

ATUR CARA MAJLIS KONVOKESYEN KE – 24

 

HARI KETIGA: SIDANG 3

TARIKH: 10 SEPTEMBER 2025 (RABU) 

TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA, POLITEKNIK SEBERANG PERAI

 

JABATAN

MASA

ATURCARA

TEMPAT

i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

 

ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI)

-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL)

7.45 Pagi

Para graduan berkumpul di Dataran Pelajar

 

DATARAN PELAJAR

(Belakang DKU)

 

 

8.00 Pagi

 

Ibu/ Bapa / Waris graduan bergerak masuk ke Dewan SeriMutiara 

DEWAN SERI MUTIARA

 

 

8.15 Pagi

 

Perarakan Masuk Graduan

 

8.45 Pagi

 

Ketibaan Tetamu Jemputan dan VVIP

 

 

9.00 Pagi

 

 

Ketibaan En. Noorazidi Che Azib, 

Deputy Vice President for Operation Technology and Strategic Programs, Inari Technology Sdn. Bhd.

 

9.30 Pagi 

 

Perarakan masuk VVIP

 

9.40 Pagi

-

11.50 Pagi

 

Majlis Konvokesyen Berlangsung

 

12.00 Tengahari

 

Perarakan keluar VVIP

 

 

 

 

Yuran Konvokesyen


  • Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) terlebih dahulu sebelum membuat Pendaftaran Konvokesyen. 
  • Kaedah bayaran adalah melalui "bill presentment" yang tidak memerlukan nombor akaun. Atas nama KOPERASI POLITEKNIK SEBERANG PERAI.
  • Pilih “bill presentment” RM300 (Hadir Konvokesyen) atau RM240 (Tidak Hadir Konvokesyen).

     

    HadirKOP POLITEKNIK SEBERANGPERAI 
    Bill NumRM300
    Tidak HadirKOP POLITEKNIK SEBERANGPERAI 
    Bill NumRM240

Bayaran boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu:

  1. Melalui perbankan internet iaitu Perbankan Internet Bank Islam Malaysia Berhad *Kaedah pembayaran ini yang amat digalakkan!
  2. Mesin Juruwang Automatik (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine CDM) Bank Islam Malaysia Berhad

 

           

           SESI 

     

      JUMLAH BAYARAN 

 

 

KAEDAH BAYARAN

 

HADIR

 

 

TIDAK HADIR

 

SESI 2: 2023/2024

SESI 1: 2024/2025

 

 

RM300

 

RM240

 

Bayar melalui Perbankan Internet/ Mesin ATM/ Mesin Deposit Tunai (CDM) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama KOP POLITEKNIK SEBERANGPERAI

 

NOTA:

  • Patuhi arahan ketika membuat pembayaran di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
  • Politeknik Seberang Perai tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yang dilakukan. Sekiranya berlaku kesilapan, wang tidak akan dikembalikan.
  • Setiap resit bayaran yuran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran dan perlu dimuatnaik semasa proses pendaftaran.
  • Jika resit bayaran tidak dimuatnaik, proses pendaftaran tidak dapat diteruskan.
  • Bayaran yuran konvokesyen (Graduan: HADIR) tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat perubahan kehadiran.
  • Sila rujuk video Tatacara Pembayaran Yuran Konvokesyen.

Kemaskini Maklumat Graduan


  • Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di PSP. Bagi melancarkan proses konvokesyen anda, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah MENYEMAK DAN MENGESAHKAN maklumat peribadi anda.

  • Sebarang pertanyaan/permasalahan sila berhubung terus di talian: 

    Encik Noazri Bin Bakhari - 04-538 3322 samb 5118

Pendaftaran Konvokesyen


Setelah membuat bayaran konvokesyen, graduan DIWAJIBKAN mendaftar sama ada HADIR atau TIDAK HADIR melalui laman sesawang Majlis Konvokesyen http://syssvr.psp.edu.my/konvo/

Kajian Pengesanan Graduan


  • Para graduan Sesi 2:2023/2024 dan Sesi 1:2024/2025 adalah WAJIB mengisi Kajian Pengesanan Graduan (BAHAGIAN A atau BAHAGIAN B) selepas membuat pembayaran yuran Konvokesyen.

  • GRADUAN yang TIDAK MENGISI Kajian Pengesanan Graduan, sijil Diploma dan Transkrip akan DITAHAN sehingga graduan menjawab Kajian Pengesanan Graduan.

  • Sebarang pertanyaan/permasalahan berkenaan Pengesanan Graduan sahaja, sila berhubung terus di talian berikut atau WhatsApp kepada:

En. Mohamad Tarmizy Bin Ahmad (010–5405254)

Email: pengesanangraduan.psp@gmail.com


BAHAGIAN A

STATUS TERKINI GRADUAN:

  • BEKERJA (Kerajaan / Swasta / Bekerja dengan keluarga dengan upah/gaji, Majikan, Bekerja sendiri / Freelance / Usahawan, Bekerja dengan keluarga tanpa upah/gaji).
  • TELAH MELANJUTKAN PENGAJIAN
  • SEDANG MENUNGGU PENEMPATAN PEKERJAAN (telah menerima tawaran pekerjaan)
  • SEDANG MENGIKUTI PROGRAM (meningkatkan kemahiran diri / Kursus Jangka Pendek)

Sekiranya status terkini graduan adalah seperti BAHAGIAN A, sila klik link di bawah:

https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/LogMasuk.aspx 
(Sistem akan aktif pada 25 Ogos 2025)

ATAU

BAHAGIAN B

STATUS TERKINI GRADUAN:

  • BELUM/TIDAK BEKERJA
  • SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN / PENEMPATAN MELANJUTKAN PENGAJIAN

Sekiranya status terkini graduan adalah seperti BAHAGIAN B, sila klik link di bawah:

https://bit.ly/GF-SKPG-PSP2025 
(Sistem akan aktif pada 25 Ogos 2025)

Pendaftaran Persatuan Alumni


 

Semua graduan Politeknik WAJIB menjadi ahli Persatuan Alumni Politeknik KPM (Cawangan PSP). Yuran bagi setiap ahli Persatuan Alumni adalah sebanyak RM50.00 untuk keahlian seumur hidup dan termasuk dalam bayaran yuran konvokesyen.

 

Tempahan Cenderahati


Graduan yang berminat untuk mendapatkan Cenderahati sempena Majlis Konvokesyen boleh membuat tempahan melalui laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP Ke-24.

BAYARAN

KATEGORI GRADUAN

CATATAN

 

RM 55.00

 

 

GRADUAN HADIR

 

-

 

RM 65.00

 

 

GRADUAN TIDAK HADIR

 

RM10 adalah kos penghantaran cenderahati

 

Tempahan hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan bayaran dibuat ke akaun berikut:

Nama Bank         : Bank Islam

No. Akaun           : 07052010061161

Nama Pemilik    : Persatuan Kakitangan Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang  (PERKATA PSP)

Catatan  Bayaran : Cenderahati Konvo

 

MAKLUMAT PENGAMBILAN CENDERAHATI (DIWAJIBKAN membawa slip bank/resit ASAL bayaran):

Tarikh   :  8, 9 dan 10 September 2025

Lokasi   :  Khemah Urusetia Gerai

Masa     :   10.00 pagi – 3.30 petang

 

Sila isi maklumat tempahan di laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP Ke-24 pada ruangan Tempahan Cenderahati. Sila pastikan maklumat nama graduan tiada kesilapan ejaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

En. Hasrul - 013-4466401

 

Peminjaman dan Pemulangan Jubah Konvokesyen


 

AKTIVITIGRADUANTARIKH & HARIMASATEMPAT

 

PENGAMBILAN JUBAH

SIDANG 1

SIDANG 2

SIDANG 3

 

07.09.2025 (AHAD)

 

12.30 TGH – 3.00 PTG

 

RUMAH JUBAH

(SEBELAH KOMPLEKS SUKAN)

 

   
PEMULANGAN  JUBAHSIDANG 108.09.2025 (ISNIN)12.30 TGH – 4.00 PTG

 

 

RUMAH JUBAH

(SEBELAH KOMPLEKS SUKAN)

 

SIDANG 209.09.2025 (SELASA)
SIDANG 310.09.2025 (RABU)

Perhatian

  1. Kelewatan memulangkan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.
  2. Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma ditahan oleh Unit Peperiksaan.
  3. Bagi graduan yang tidak dapat hadir pada hari pengambilan jubah, dibenarkan wakil untuk mengambil jubah dengan membawa Barcode ID graduan yang tidak dapat hadir.
  4. Sebarang kerosakkan dan kehilangan akan dikenakan bayaran gantirugi seperti berikut:
  5. Jubah – RM150.00
  6. Mortar board – RM50.00
  • Tali mortar board – RM10.00

Etika Pemakaian


Majlis Konvokesyen adalah upacara rasmi Politeknik Seberang Perai. Graduan dan tetamu diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di bawah.

Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma"

 

Pakaian Graduan Lelaki:

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PSP).

  2. Sepasang Baju Melayu lengkap warna gelap, atau

  3. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher gelap dan berseluar panjang berwarna hitam, atau

  4. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam.

  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

  6. Songkok tidak diperlukan

 

 

 

Pakaian Graduan Perempuan:

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PSP).

  2. Pakaian graduan perempuan dicadangkan memakai pakaian yang berpoket, atau dibenarkan membawa Sling bag bersaiz kecil bagi memudahkan penyimpanan telefon bimbit.

  3. Baju kurung moden/pakaian tradisional/pakaian kebangsaan/Pantsuit atau skirt labuh hingga buku lali dan blouse berlengan Panjang. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

  4. Pakaian mestilah tidak ketat, tidak jarang, tidak menggunakan belah (slit), tidak pendek, dan tidak menjolok mata.

  5. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

  7. Semua graduan Islam diwajibkan memakai tudung berwarna cerah.

  8. Memakai kasut (bertutup).

     

 

Pakaian Tetamu

 

Pakaian Tetamu Lelaki:

  1. Baju Kebangsaan, atau

  2. Batik, atau

  3. Lounge Suit, atau

  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:

  1. Baju Kebangsaan atau

  2. Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (skirt pendek/blouse tanpa lengan TIDAK DIBENARKAN)

Pengambilan Diploma & Sijil


Graduan boleh mengambil Diploma di Jabatan masing-masing sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir setelah graduan mengesahkan pemulangan jubah.

Pegawai yang bertanggungjawab di jabatan ialah:

BIL

JABATAN

TEMPAT MENGAMBIL DIPLOMA

PEGAWAI BERTUGAS

1

 

JP

 

BKP 1 – BKP 4, JP

Pn. Rozana Binti Che Bidi

2

 

JKE

 

BKE 1 - BKE 3, JKE

En. Fadlilhisham Bin Ahmad

3

 

JTMK

 

Bengkel A, JTMK

Pn. Nur Wahida binti Janudin

4

 

JKM

 

Makmal Logam Bahan, JKM

Pn. Nor Haslinda binti Mustafar

 

Tuntutan Diploma/Sijil selepas hari Konvokesyen boleh dibuat di Unit Peperiksaan Politeknik Seberang Perai.

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan:

PN. NUR HAZWANI BT MOHAMED NASIR

04-5383322 samb 1023 atau e-mail exam@psp.edu.my

 

EN. NOAZRI BIN BAKHARI

04-5383322 samb 5119 atau e-mail exam@psp.edu.my

 

Lain-lain Maklumat


  1. GAMBAR GRADUAN

    1. Semua pengambilan gambar semasa Istiadat Konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar rasmi yang dilantik oleh PSP.

    2.  Bayaran untuk perkhidmatan ini diuruskan oleh pihak PSP.

    3. Semasa majlis konvokesyen, graduan dan tetamu/ibubapa dilarang mengambil gambar bagi memastikan kelancaran majlis.

    4. Studio Fotografi turut disediakan di luar Dewan Seri Mutiara bagi mereka yang ingin mengabadikan kenangan dengan bergambar secara peribadi/bersama keluarga (perbelanjaan sendiri).
       

  2. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

    1. Graduan adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk makanan dan minuman serta barang-barang persendirian seperti beg,kamera,telefon bimbit,alat kelui (pager) atau lain-lain alat yang boleh mengganggu majlis konvokesyen.

    2. Pastikan semua barangan berharga disimpan ditempat yang selamat.

    3.  PSP tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barangan.
       

  3. KUASA POLITEKNIK SEBERANG PERAI

    1. Graduan yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan terutama cara berpakaian dan penampilan diri yang sesuai adalah dilarang daripada menyertai majlis konvokesyen.

    2. Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.

SENARAI SEMAK GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE – 24


Muat turun format PDF

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

1.

( )

( )

( )

  1. Layari laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP ke – 24.

  2. Baca dan memahami Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen Ke-24.

  3. Semak aturcara Majlis Raptai dan Majlis Konvokesyen (mengikut sidang program masing-masing) 

2.

 

( )

 

Yuran Konvokesyen

Sila bayar yuran konvokesyen mengikut cara bayaran yang diterangkan sebelum membuat pendaftaran konvokesyen.

3.

( )

 

 

( )

 

( )

 

 

( )

 

  1. Pendaftaran Konvokesyen
    Lengkapkan Pendaftaran Konvokesyen di laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP ke – 24.

 

  1. My Graduan
    Sila klik pautan My Graduan dan Cetak Barcode ID yang dipaparkan

  1. Pendaftaran Persatuan Alumni
    Lengkapkan pendaftaran Persatuan Alumni di dalam menu Pendaftaran Konvokesyen di laman sesawang Majlis Konvokesyen PSP ke – 24.

 

  1. Tempahan Cenderahati
    Sila isi maklumat di ruangan Tempahan Cenderahati dan Tarikh Pembayaran setelah pembayaran dibuat. (Jika berminat mendapatkan Cenderahati)

4.

( )

 

Kemaskini Maklumat Graduan

Sila semak maklumat nama, no pendaftaran dan bidang pengajian. Jika terdapat sebarang pembetulan sila hubungi pegawai yang berkenaan. 

5.

( )

 

Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan WAJIB diisi selepas anda membuat pembayaran yuran Konvokesyen.

6.

( )

Peminjaman Jubah Konvokesyen

Peminjaman jubah konvokeyen hendaklah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

7.

( )

 

Tiba awal dan berkumpul DATARAN PELAJAR (Belakang DKU) dengan mematuhi etika pakaian menghadiri Majlis Konvokesyen:

  1. Jubah Konvokesyen dan Mortar Board

  2. Cetakan Barcode ID My Graduan

SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

8.

( )

Pemulangan Jubah Konvokesyen

Pemulangan jubah konvokeyen hendaklah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

9.

( )

 

Pengambilan Diploma dan Sijil

Pengambilan Diploma dan SIjil hendaklah diambil mengikut jadual yang ditetapkan.

 

 

Peta Laluan